Wednesday, March 9, 2011

Gambar-Gambar Majlis Jamuan Keraian BPTM 2011


Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia!

Majlis Jamuan Keraian BPTM 2011 telah terlaksana dengan jayanya pada 3 Mac 2011 yang lalu di Restoran MAEPS Serdang, Selangor Darul Ehsan.

Jamuan Keraian ini adalah sempena untuk meraikan pegawai-pegawai BPTM yang lahir pada Januari hingga Mac 2011 di samping juga Majlis Perpisahan bagi pegawai-pegawai yang telah berkhidmat dengan BPTM. Jamuan ini juga telah disertai oleh kakitangan dengan keluarga masing-masing yang sama-sama menjamu selera dengan Steamboat Seafood dan 150 jenis aneka makanan.

Berikut merupakan beberapa gambar-gambar yang sempat dirakamkan pada majlis tersebut. Gambar-gambar sepanjang program berlangsung telah dimuat-naik dan boleh dilihat melalui pautan ini: http://10.23.22.13/gallery2/ . Untuk warga BPTM, sudilah kiranya memberikan komen anda.


Akhir kata, kami AJK Induk Majlis Jamuan Keraian BPTM 2011 ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian semua yang hadir pada hari tersebut dan telah memberikan komitment dalam menjayakan program ini sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.