Monday, February 22, 2016

Mesyuarat Agong Tahunan KESUTMA 2015/2016 & Majlis Keraian KESUTMA Bil 1/2016

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Mesyuarat Agong Tahunan KESUTMA 2015/2016 & Majlis Keraian KESUTMA Bil 1/2016 telah diadakan pada 22 Februari 2016 di Ruang Legar Warong Tok Senik, Aras 6, Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.

 

Mesyuarat Agong Tahunan KESUTMA ini adalah untuk melantik Ahli Jawatankuasa Baru untuk Tahun 2016/2017 di samping meraikan pegawai-pegawai KESUTMA yang berpindah masuk dan keluar dan juga yang lahir pada Januari hingga Mac 2016.

 

Berikut merupakan beberapa gambar-gambar yang sempat dirakamkan pada majlis tersebut. Gambar-gambar sepanjang program berlangsung telah dimuat-naik dan boleh dilihat melalui pautan ini: http://intranetjanm.anm.gov.my/bptm/kesutma/Pages/gambar_kesutma.aspx. Untuk warga KESUTMA, sudilah kiranya melihatnya.


 

Monday, October 5, 2015

Majlis Jamuan Keraian BPTM Tahun 2015

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Majlis Jamuan Keraian BPTM Tahun 2015 telah diadakan pada 1 Oktober 2015 di Bilik Jamuan 1, Aras 8, Jabatan Akauntan Negara Malaysia.


Jamuan Keraian ini adalah sempena untuk meraikan pegawai-pegawai KESUTMA yang lahir pada Mei hingga Disember 2015 di samping juga meraikan pegawai-pegawai yang berkahwin dan melahirkan anak di BPTM 2015.


Berikut merupakan beberapa gambar-gambar yang sempat dirakamkan pada majlis tersebut. Gambar-gambar sepanjang program berlangsung telah dimuat-naik dan boleh dilihat melalui pautan ini: http://intranetjanm.anm.gov.my/bptm/kesutma/Pages/gambar_kesutma.aspx. Untuk warga KESUTMA, sudilah kiranya melihatnya.




Friday, August 7, 2015

Majlis Jamuan Hari Raya KESUTMA 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Majlis Jamuan Hari Raya BPTM 2015 telah diadakan pada 6 Ogos 2015 di Ruang Legar Foyer Aras 6, Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM), Jabatan Akauntan Negara Malaysia.


Jamuan Kesyukuran ini adalah sempena untuk meraikan Sambutan Hari Raya untuk BPTM dan juga pegawai-pegawai yang telah berkhidmat di BPTM. 


Berikut merupakan beberapa gambar-gambar yang sempat dirakamkan pada majlis tersebut. Gambar-gambar sepanjang program berlangsung telah dimuat-naik dan boleh dilihat melalui pautan ini: http://intranetjanm.anm.gov.my/bptm/kesutma/Pages/gambar_kesutma.aspx.

Untuk warga KESUTMA, sudilah kiranya melihatnya.

Thursday, May 28, 2015

Program Kerja Berpasukan BPTM (Team Building) Tahun 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua,

Program Kerja Berpasukan BPTM (Team Building) Tahun 2015 telah diadakan pada 22 hingga 24 Mei 2015 di Bayou Lagoon Resort, Melaka.
Memandangkan kursus ini perlu untuk setiap bahagian untuk memantapkan lagi Esprit de Corp, tambahanan lagi dengan beban-beban kerja yang semakin bertambah, maka amat sesuai program ini diadakan.
Berikut merupakan beberapa gambar-gambar yang sempat dirakamkan pada kursus tersebut. Gambar-gambar sepanjang program berlangsung telah dimuat-naik dan boleh dilihat melalui pautan ini: http://intranetjanm.anm.gov.my/bptm/kesutma/Pages/gambar_kesutma.aspx . Untuk warga KESUTMA, sudilah kiranya melihatnya.




Tuesday, May 12, 2015

Kursus Pengurusan Jenazah Tahun 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua,

Kursus Pengurusan Jenazah Tahun 2015 telah diadakan pada 12 Mei 2015 (Selasa) di Bilik Jamuan 2, Aras 8, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).
Kursus ini adalah anjuran bersama Kelab Sukan dan Kebajikan BPTM (KESUTMA), JANM dan pihak Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA). Kursus ini diadakan bagi meningkatkan kefahaman mengenai pengurusan jenazah orang yang beragama Islam dan menginsafi perihal berkaitan pengurusan jenazah dan kematian.


Berikut merupakan beberapa gambar-gambar yang sempat dirakamkan pada kursus tersebut. Gambar-gambar sepanjang program berlangsung telah dimuat-naik dan boleh dilihat melalui pautan ini: http://intranetjanm.anm.gov.my/bptm/kesutma/Pages/gambar_kesutma.aspx . Untuk warga KESUTMA, sudilah kiranya melihatnya.


Monday, September 8, 2014

Majlis Jamuan Hari Raya KESUTMA 2014

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia, Majlis Jamuan Hari Raya BPTM 2014 telah diadakan pada 25 Ogos 2014 di Ruang Legar Foyer Aras 6, Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM), Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
Jamuan Kesyukuran ini adalah sempena untuk meraikan Sambutan Hari Raya untuk BPTM dan juga pegawai-pegawai yang telah berkhidmat di BPTM.
Berikut merupakan beberapa gambar-gambar yang sempat dirakamkan pada majlis tersebut. Gambar-gambar sepanjang program berlangsung telah dimuat-naik dan boleh dilihat melalui pautan ini: http://intranetjanm.anm.gov.my/bptm/kesutma/Pages/gambar_kesutma.aspx . Untuk warga KESUTMA, sudilah kiranya melihatnya.

Thursday, April 24, 2014

Majlis Jamuan Keraian BPTM Tahun 2014

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Majlis Jamuan Keraian BPTM Tahun 2014 telah diadakan pada 24 April 2014 di Warung Tok Senik, Aras 6, Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM), Jabatan Akauntan Negara Malaysia.



 Jamuan Keraian ini adalah sempena untuk meraikan pegawai-pegawai KESUTMA yang lahir pada Januari hingga April 2014 di samping juga meraikan pegawai-pegawai yang berkahwin dan melahirkan anak pertama di BPTM 2014.




Berikut merupakan beberapa gambar-gambar yang sempat dirakamkan pada majlis tersebut. Gambar-gambar sepanjang program berlangsung telah dimuat-naik dan boleh dilihat melalui pautan ini: http://10.23.22.13/gallery2/ . Untuk warga KESUTMA, sudilah kiranya memberikan komen anda.