Sunday, August 21, 2011

Majlis Sempena Hari Terakhir Pengarah BPTM

Pada 19 Ogos 2011 bersamaan hari Jumaat jam 4 petang, satu majlis ringkas sempena persaraan Pengarah BPTM iaitu Tuan Hj. Mohd Radzi bin Hussein telah diadakan di ruang legar berhadapan bilik Pengarah BPTM, Aras 6 BPTM, JANM, Putrajaya.
Ramai pegawai-pegawai telah datang menghadiri sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga atas jasa-jasa yang telah beliau curahkan kepada warga BPTM khususnya dan JANM amnya. Berikut merupakan beberapa gambar yang sempat dirakam pada majlis itu besertakan dengan video amanat beliau. Harap dengan ini beliau senantiasa segar berada di ingatan dan di hati semua. Terima kasih Tuan Hj. Mohd Radzi bin Hussein. Gambar-gambar sepanjang program berlangsung telah dimuat-naik dan boleh dilihat melalui pautan ini: http://10.23.22.13/gallery2/ . Untuk warga BPTM, sudilah kiranya memberikan komen anda.