Wednesday, October 3, 2012

Majlis Kesyukuran KESUTMA 2012

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia!

Majlis Kesyukuran KESUTMA 2012 telah diadakan pada 1 Oktober 2012 di Ruang Legar Foyer Aras 5, Jabatan Akauntan Negara Malaysia.


Jamuan Kesyukuran ini adalah sempena untuk meraikan pegawai-pegawai KESUTMA yang lahir pada Julai hingga Disember 2012 di samping juga Majlis Perpisahan bagi pegawai-pegawai yang telah berkhidmat dengan JANM.


Berikut merupakan beberapa gambar-gambar yang sempat dirakamkan pada majlis tersebut. Gambar-gambar sepanjang program berlangsung telah dimuat-naik dan boleh dilihat melalui pautan ini: http://10.23.22.13/gallery2/ . Untuk warga KESUTMA, sudilah kiranya memberikan komen anda.

Monday, July 9, 2012

Majlis Jamuan KESUTMA 2012

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia!

Majlis Jamuan KESUTMA 2012 telah diadakan pada 11 Julai 2012 di Bilik Jamuan 1 dan 2 Aras 8, Jabatan Akauntan Negara Malaysia.


Jamuan Keraian ini adalah sempena untuk meraikan pegawai-pegawai KESUTMA yang lahir pada Januari hingga Jun 2012 di samping juga Majlis Perpisahan bagi pegawai-pegawai yang telah berkhidmat dengan JANM.



Disamping itu juga, pemenang untuk Pertandingan Logo KESUTMA juga telah dimaklumkan kepada semua melalui montaj seperti video di bawah.



Berikut merupakan beberapa gambar-gambar yang sempat dirakamkan pada majlis tersebut. Gambar-gambar sepanjang program berlangsung telah dimuat-naik dan boleh dilihat melalui pautan ini: http://10.23.22.13/gallery2/ . Untuk warga KESUTMA, sudilah kiranya memberikan komen anda.


Tuesday, April 3, 2012

Pertandingan Mencipta Logo KESUTMA


Satu Pertandingan Mencipta Logo KESUTMA untuk BPTM Baru telah diadakan untuk khas untuk Warga KESUTMA yang mana tarikh tutup penyertaannya adalah pada 31 Mei 2012. Berikut merupakan objektifnya:
  • Trademark atau simbolik yang mencerminkan cetusan idea, kreativiti dan penekanan kepada inovasi di kalangan warga KESUTMA.
  • Melambangkan keupayaan penghasilan kreativiti dan inovasi yang berimpak tinggi.
  • Memupuk kesedaran budaya kreativiti, inovasi dan pemikiran di luar kotak dikalangan warga KESUTMA.
Spesifikasi Pertandingan Mencipta Logo KESUTMA ini adalah seperti berikut:
  • Reka cipta hendaklah dihasilkan menggunakan kertas bersaiz A4 (ukuran 21 cm x 29.7 cm) berwarna putih dalam bentuk Sketches atau Paintings dan digalakkan untuk dibuat dalam bentuk softcopy menggunakan format AI (Adobe Illustrator) dan JPEG dengan resolusi minimum 1280x960.
  • Pereka hendaklah memberi keterangan atau penjelasan (rasional)ke atas reka bentuk dan warna yang digunakan.
  • Reka cipta bolehlah dibuat sama ada menggunakan grafik komputer atau lukisan tangan (free-hand) dan menggunakan TIDAK LEBIH dari lima (5) warna.
  • Ciptaan mestilah ASLI dan tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitive dan boleh menyinggung mana-mana pihak.
Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:
  • Terbuka kepada semua ahli KESUTMA secara individu.
  • Penyertaan adalah PERCUMA
  • Boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.
  • Keputusan adalah muktamad dan ditentukan oleh AJK KESUTMA.
  • Semua penyertaan adalah menjadi hak milik kesutma dan tidak akan dikembalikan.
  • Penyertaan hendaklah dikemukakan bersama-sama dengan Nama, Unit, Jawatan, No. K/P, Telefon dan alamat e-mel.
  • Pemenang akan menerima wang tunai
  •  Setiap peserta akan diberikan sijil penyertaan.
Bagi penghantaran penyertaan:
  • Penyertaan melalui ‘hardcopy’ , sila berhubung dengan wakil aras seperti berikut :
Ketua Seranta
  • Azizan Torman                                          1256
Wakil Aras
  • Ronald Simon                                           1126  (ARAS  6)
  • Mohd Hafez  Husin                                   1210  (ARAS  5)
  • Nazrul Helmy Mohamad Noor                  1357  (ARAS  4)