Friday, August 6, 2010

Gambar-Gambar Sepanjang Hari Keluarga BPTM 2010



Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia!

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmatnya program Hari Keluarga BPTM 2010 telah terlaksana dengan jayanya pada 1 Ogos 2010 yang lalu di Perkampungan Budaya, Taman Pertanian Malaysia. Rona merah dan hitam dipilih sebagai warna tema dengan motto 'Santai Sama-sama'.


Seramai 79 kakitangan hadir dengan jumlah termasuk keluarga seramai 188 orang. Kemeriahan suasana dirasai oleh semua peringkat usia tanpa ada jurang perbezaan, dengan semangat warga BPTM adalah sebuah keluarga besar penuh dengan kasih sayang dan bersatu-padu. Beberapa acara sukaneka untuk semua peringkat iaitu kanak-kanak, lelaki, wanita dan VIP telah diadakan. Penyertaan dalam acara-acara ini dapat meningkatkan lagi perhubungan antara sesama warga BPTM. Hadiah-hadiah yang sediakan sememangnya amat menarik dengan hadiah Utama Cabutan Bonanza adalah Pakej Percutian ke Bandung selama 3 hari 2 malam. Hadiah-hadiah lain juga tidak kurang hebatnya seperti hamper, handphone dan barangan elektrik.

Sememangnya, Hari Keluarga BPTM 2010 ini telah meninggalkan satu memori dan pengalaman tersendiri. Bagi menggamit kembali kenangan-kenangan itu, gambar-gambar sepanjang program berlangsung telah dimuat-naik dan boleh dilihat melalui pautan ini: http://10.23.22.13/gallery2/ . Untuk warga BPTM, sudilah kiranya memberikan komen anda.

Akhir kata, kami AJK Induk Hari Keluarga BPTM 2010 ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian semua yang hadir pada hari tersebut dan telah memberikan komitment dalam menjayakan program ini sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. So enjoice... a picture worth a thousand words.