Saturday, December 24, 2011

Majlis Jamuan Keraian & Penutupan Akaun Kelab KESUTMA 2011

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia!

Majlis Jamuan Keraian & Penutupan Akaun Kelab KESUTMA 2011 telah diadakan pada 20 Disember 2011 di Bayou Coffee House Taman Tasik CyberjayaMajlis ini adalah khas untuk semua ahli Kelab KESUTMA untuk meraikan pada mereka yang telah berpindah, menyambut hari jadi, berkahwin, beranak dan juga untuk penutupan akaun Kelab KESUTMA tahun 2011. Jamuan ini telah disertai oleh Pengarah BPTM baru iaitu Yang Berusaha En Saat dan semua pegawai BPTM.Berikut merupakan beberapa gambar-gambar yang sempat dirakamkan pada majlis tersebut. Gambar-gambar sepanjang program berlangsung telah dimuat-naik dan boleh dilihat melalui pautan ini: http://10.23.22.13/gallery2/ . Untuk warga BPTM, sudilah kiranya memberikan komen anda.

Thursday, September 15, 2011

Gambar-Gambar Majlis Persaraan Mantan PBPTM

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia!

Majlis Persaraan Mantan PBPTM telah diadakan pada 13 September 2011 di Dewan Sri Melati, Perbadanan Putrajaya, Presint 2.



Majlis ini adalah khas untuk Mantan PBPTM yang telah banyak menyumbangkan jasa dan bakti pada bahagian ini. Jamuan ini telah disertai oleh Datuk ANM, Pengarah-Pengarah Bahagian, wakil vendor dan semua pegawai BPTM.



Berikut merupakan video montaj dan beberapa gambar-gambar yang sempat dirakamkan pada majlis tersebut. Gambar-gambar sepanjang program berlangsung telah dimuat-naik dan boleh dilihat melalui pautan ini: http://10.23.22.13/gallery2/ . Untuk warga BPTM, sudilah kiranya memberikan komen anda.




Sunday, August 21, 2011

Majlis Sempena Hari Terakhir Pengarah BPTM

Pada 19 Ogos 2011 bersamaan hari Jumaat jam 4 petang, satu majlis ringkas sempena persaraan Pengarah BPTM iaitu Tuan Hj. Mohd Radzi bin Hussein telah diadakan di ruang legar berhadapan bilik Pengarah BPTM, Aras 6 BPTM, JANM, Putrajaya.
Ramai pegawai-pegawai telah datang menghadiri sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga atas jasa-jasa yang telah beliau curahkan kepada warga BPTM khususnya dan JANM amnya. Berikut merupakan beberapa gambar yang sempat dirakam pada majlis itu besertakan dengan video amanat beliau. Harap dengan ini beliau senantiasa segar berada di ingatan dan di hati semua. Terima kasih Tuan Hj. Mohd Radzi bin Hussein. Gambar-gambar sepanjang program berlangsung telah dimuat-naik dan boleh dilihat melalui pautan ini: http://10.23.22.13/gallery2/ . Untuk warga BPTM, sudilah kiranya memberikan komen anda.

Friday, June 3, 2011

Pertandingan Bowling KESUTMA 2011


Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia!

Pertandingan Bowling KESUTMA 2011 telah terlaksana dengan jayanya pada 28 Mei 2011 yang lalu di Pusat Bowling Alamanda Putrajaya .

Pertandingan Bowling adalah sempena untuk antara aktiviti Kelab KESUTMA untuk merapatkan lagi hubungan mesra antara semua ahli-ahli Kelab KESUTMA. Pertandingan ini juga telah disertai oleh keluarga ahli Kelab KESUTMA masing-masing yang sama-sama bermain bowling.

Berikut merupakan beberapa gambar-gambar yang sempat dirakamkan pada majlis tersebut. Gambar-gambar sepanjang program berlangsung telah dimuat-naik dan boleh dilihat melalui pautan ini: http://10.23.22.13/gallery2/ . Untuk warga BPTM, sudilah kiranya memberikan komen anda.


Wednesday, March 9, 2011

Gambar-Gambar Majlis Jamuan Keraian BPTM 2011


Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia!

Majlis Jamuan Keraian BPTM 2011 telah terlaksana dengan jayanya pada 3 Mac 2011 yang lalu di Restoran MAEPS Serdang, Selangor Darul Ehsan.

Jamuan Keraian ini adalah sempena untuk meraikan pegawai-pegawai BPTM yang lahir pada Januari hingga Mac 2011 di samping juga Majlis Perpisahan bagi pegawai-pegawai yang telah berkhidmat dengan BPTM. Jamuan ini juga telah disertai oleh kakitangan dengan keluarga masing-masing yang sama-sama menjamu selera dengan Steamboat Seafood dan 150 jenis aneka makanan.

Berikut merupakan beberapa gambar-gambar yang sempat dirakamkan pada majlis tersebut. Gambar-gambar sepanjang program berlangsung telah dimuat-naik dan boleh dilihat melalui pautan ini: http://10.23.22.13/gallery2/ . Untuk warga BPTM, sudilah kiranya memberikan komen anda.


Akhir kata, kami AJK Induk Majlis Jamuan Keraian BPTM 2011 ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian semua yang hadir pada hari tersebut dan telah memberikan komitment dalam menjayakan program ini sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.