Saturday, December 24, 2011

Majlis Jamuan Keraian & Penutupan Akaun Kelab KESUTMA 2011

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia!

Majlis Jamuan Keraian & Penutupan Akaun Kelab KESUTMA 2011 telah diadakan pada 20 Disember 2011 di Bayou Coffee House Taman Tasik CyberjayaMajlis ini adalah khas untuk semua ahli Kelab KESUTMA untuk meraikan pada mereka yang telah berpindah, menyambut hari jadi, berkahwin, beranak dan juga untuk penutupan akaun Kelab KESUTMA tahun 2011. Jamuan ini telah disertai oleh Pengarah BPTM baru iaitu Yang Berusaha En Saat dan semua pegawai BPTM.Berikut merupakan beberapa gambar-gambar yang sempat dirakamkan pada majlis tersebut. Gambar-gambar sepanjang program berlangsung telah dimuat-naik dan boleh dilihat melalui pautan ini: http://10.23.22.13/gallery2/ . Untuk warga BPTM, sudilah kiranya memberikan komen anda.