Satu Pertandingan Mencipta Logo KESUTMA untuk BPTM Baru telah diadakan untuk khas untuk Warga KESUTMA yang mana tarikh tutup penyertaannya adalah pada 31 Mei 2012. Berikut merupakan objektifnya:
- Trademark atau simbolik yang mencerminkan cetusan idea, kreativiti dan penekanan kepada inovasi di kalangan warga KESUTMA.
- Melambangkan keupayaan penghasilan kreativiti dan inovasi yang berimpak tinggi.
- Memupuk kesedaran budaya kreativiti, inovasi dan pemikiran di luar kotak dikalangan warga KESUTMA.
- Reka cipta hendaklah dihasilkan menggunakan kertas bersaiz A4 (ukuran 21 cm x 29.7 cm) berwarna putih dalam bentuk Sketches atau Paintings dan digalakkan untuk dibuat dalam bentuk softcopy menggunakan format AI (Adobe Illustrator) dan JPEG dengan resolusi minimum 1280x960.
- Pereka hendaklah memberi keterangan atau penjelasan (rasional)ke atas reka bentuk dan warna yang digunakan.
- Reka cipta bolehlah dibuat sama ada menggunakan grafik komputer atau lukisan tangan (free-hand) dan menggunakan TIDAK LEBIH dari lima (5) warna.
- Ciptaan mestilah ASLI dan tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitive dan boleh menyinggung mana-mana pihak.
- Terbuka kepada semua ahli KESUTMA secara individu.
- Penyertaan adalah PERCUMA
- Boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.
- Keputusan adalah muktamad dan ditentukan oleh AJK KESUTMA.
- Semua penyertaan adalah menjadi hak milik kesutma dan tidak akan dikembalikan.
- Penyertaan hendaklah dikemukakan bersama-sama dengan Nama, Unit, Jawatan, No. K/P, Telefon dan alamat e-mel.
- Pemenang akan menerima wang tunai
- Setiap peserta akan diberikan sijil penyertaan.
- Semua penyertaan hendaklah dihantar kepada: seranta.kesutma@anm.gov.my
- Penyertaan melalui ‘hardcopy’ , sila berhubung dengan wakil aras seperti berikut :
- Azizan Torman 1256
- Ronald Simon 1126 (ARAS 6)
- Mohd Hafez Husin 1210 (ARAS 5)
- Nazrul Helmy Mohamad Noor 1357 (ARAS 4)