Wednesday, July 28, 2010

Maklumat Terkini: Hari Keluarga BPTM 2010

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia;

Tinggal 3 hari sahaja lagi untuk kita menyambut Hari Keluarga BPTM 2010! Kami AJK Induk Hari Keluarga sedang bertungkus lumus menguruskan persediaan-persediaan akhir bagi memastikan program ini berlangsung dengan lancar. Berikut adalah makluman terkini program Hari Keluarga untuk perhatian dan tindakan semua. Sila pastikan tuan/ puan menyemak dan memahami SEMUA perkara yang dinyatakan bagi mengelakkan sebarang masalah timbul semasa program berlangsung:

  1. Terima kasih diucapkan kepada semua yang memberikan maklumbalas. Bilangan penyertaan Hari Keluarga yang diterima sehingga tarikh tutup maklumbalas iaitu pada 15 Julai 2010 yang lalu adalah seramai 90 orang kakitangan hadir dengan jumlah keseluruhan ahli keluarga adalah 231 orang. Ahli yang tidak mengemukakan maklumbalas adalah dianggap sebagai tidak hadir.
  2. Bagi memeriahkan lagi program, adalah digalakkan untuk semua hadirin dan hadirat mengenakan pakaian mengikut tema HITAM & MERAH. Selain menambah keceriaan suasana, ia juga menunjukkan semangat bersatu-padu dikalangan warga BPTM.
  3. Sukacita dimaklumkan bayaran masuk ke TPM adalah ditanggung oleh kelab dan tuan/ puan boleh terus masuk ke tapak program di Perkampungan Budaya menaiki bas khas yang disediakan seawal jam 7.30 pagi untuk dinaiki dari post ranger TPM. Namun begitu bayaran tempat letak kereta adalah ditanggung oleh peserta sendiri iaitu RM1.00 setiap kenderaan.
  4. Dukacita dimaklumkan bahawa bas pengangkutan dari JANM tidak dapat disediakan kerana rosak dan telah dihantar ke bengkel untuk dibaik pulih. Kami memohon jutaan maaf diatas sebarang kesulitan yang timbul. Sekiranya tuan/ puan yang telah memberi nama untuk menaiki bas dan mengalami kesulitan untuk pergi sendiri, sila maklumkan kepada AJK Induk dengan segera. Diharapkan perkara ini tidak akan menjejaskan kehadiran tuan/ puan sekeluarga pada hari tersebut.
  5. Semasa pendaftaran, peserta akan dibekalkan dengan buku program yang mengandungi nombor cabutan bertuah. Mohon menyimpan nombor cabutan dengan baik kerana acara cabutan bertuah akan diadakan sepanjang program berlangsung. Nantikan sehingga ke akhir program kerana acara kemuncak cabutan bertuah akan dilangsungkan. Setiap ahli berpeluang untuk memenangi 2 hadiah iaitu cabutan bertuah dan GRAND PRIZE.
  6. Peserta juga akan diberikan kupon makanan untuk setiap anggota keluarga yang hadir. Sila pastikan tuan/puan mendapat kupon makanan yang mencukupi bagi memudahkan proses pengambilan makan pagi dan tengahari.
  7. Bersama-sama ini disertakan tentatif program untuk makluman semua hadirin.


    7.30 - 8.00 ketibaan & pendaftaran

    8.00 - 8.30 sarapan

    8.30 ucapan perasmian oleh penaung kesutma dan perasmian hari keluarga

    8.45 sesi fotografi

    9.15 acara sukaneka

    - acara dewasa perempuan

    - acara dewasa lelaki

    - acara berpasangan

    - acara kanak-kanak

    12.00 makan tengahari

    1.00 bersurai


    Akhir kata, besarlah harapan kami AJK Induk Hari Keluarga BPTM 2010 yang ikhlas bertugas, agar semua peserta memberikan kerjasama sebaik mungkin sebelum, semasa dan selepas acara berlangsung. Semoga program Hari Keluarga BPTM 2010 ini berjalan dengan jayanya dan menjadi kenangan yang terindah buat kita semua warga BPTM. InsyaAllah.


    Sekian, terima kasih. Jumpa di sana!

    No comments:

    Post a Comment